MAXIS AI Programme@Nadi (Program Ai Wira Maxis)

8 September 2026 | Aktiviti Terkini

7 September 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian Maxis AI Programme @NADI. Seorang orang peserta telah mengikuti kelas ini di NADI Felda Pasoh 3.

Program AI@NADI Modul 12 & 13 telah dijalankan dengan memberi fokus kepada Storytelling dan AI Challenge. Peserta diperkenalkan kepada cara menggunakan teknologi AI untuk menghasilkan idea, membina jalan cerita serta menghasilkan kandungan yang lebih kreatif dan menarik.

Melalui aktiviti AI Challenge, peserta berpeluang mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dengan menggunakan AI untuk menghasilkan tugasan secara kreatif. Aktiviti ini turut membantu meningkatkan kemahiran digital, kreativiti dan keyakinan peserta dalam menggunakan teknologi AI.

Secara keseluruhannya, kelas ini memberikan pengalaman pembelajaran yang interaktif, menyeronokkan dan bermanfaat, di samping membantu peserta memahami penggunaan AI dalam menghasilkan kandungan dan menyelesaikan tugasan dengan lebih mudah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali